Friday, March 26, 2010

PAS FOR ALL....

"KUANTAN, 26 Mac: Gesaan Presiden PAS agar Rukun Negara dipinda bagi menyelaraskan dengan kehendak massa dengan menukarkan Kepercayaan Kepada Tuhan kepada Kepercayaan Kepada Allah sangat-sangat dialukan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"PAS berpendapat bahawa penggunaan kalimah Allah lebih tepat bagi menggambarkan Tuhan yang sebenar; berbanding istilah Tuhan yang dapat diterjemahkan dengan pelbagai bentuk dan rupa. Keadaan ini tentunya bertentangan dengan konsep ketuhanan yang sebenar," kata beliau dalam blognya.

Menurut beliau, Allah sebagai Tuhan yang selayaknya disembah dan diimani sebagai Tuhan yang sebenar bukanlah satu istilah yang sensitif bagi golongan bukan Islam, kerana selama bertahun-tahun mereka juga menggunakan kalimah Allah dalam menyanyikan lagu-lagu rasmi kebanyakan negeri."


PAS untuk semua... itu tagline PAS
tapi jangan gunakan kalimah Allah untuk semua
semua orang taukan... Malaysia ada pelbagai kaum jadi setiap kaum mesti la ada kepercayaan tersendiri... pendek kata ada tuhan sendiri... dan semua orang tahu Allah hanyalah untuk umat Islam
kat situ pun kita dah rasa ada silap nya nak sokong kalimah Allah (SWT) dalam Rukunegara kan!

so semua fikirkan la ye..

PRK LAGIIII....

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak. Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelupkr mp hulu selangor zainal abidin ahmadm dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.

JATUH LAGIIII!!!!

RAKAMAN jurugambar amatur menunjukkan saat-saat pesawat pelatih Pilatus PC-7 menjunam ke bumi sebelum terhempas di kawasan hutan berhampiran kampus Universiti Utara Malaysia, di Sintok, Kedah, 25 Mac yang mengorbankan juruterbangnya, Mejar Muhammed Zulrihan Jusof. - Utusan

WANITA BOLEH



PRESIDEN Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan dan Profesyen (Peniagawati), Datuk Hazimah Zainuddin (dua kanan) menyampaikan replika kad keahlian persatuan itu kepada penyanyi, Aishah (kanan) sempena Ulang Tahun ke-30 Peniagawati, di Kuala Lumpur, 25 Mac. - Utusan/WAHIDAH ZAINAL

JOBS MALAYSIA BERJAYA



CYBERJAYA 25 Mac - Seramai 102,769 orang berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh 15 bulan pertama bermula Januari 2009 hingga 18 Mac lalu hasil inisiatif Pusat Jobs Malaysia (JMC) yang ditubuhkan kerajaan. .

MUKADIMAH

Kalau orang cakap manis, mesti dikaitkan dengan gula
kalau orang cakap pedas, kaitannya dengan cabai @ cili

tetapi kalau semanis pedas......

tunggu dan lihat......