"KUANTAN, 26 Mac: Gesaan Presiden PAS agar Rukun Negara dipinda bagi menyelaraskan dengan kehendak massa dengan menukarkan Kepercayaan Kepada Tuhan kepada Kepercayaan Kepada Allah sangat-sangat dialukan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"PAS berpendapat bahawa penggunaan kalimah Allah lebih tepat bagi menggambarkan Tuhan yang sebenar; berbanding istilah Tuhan yang dapat diterjemahkan dengan pelbagai bentuk dan rupa. Keadaan ini tentunya bertentangan dengan konsep ketuhanan yang sebenar," kata beliau dalam blognya.
Menurut beliau, Allah sebagai Tuhan yang selayaknya disembah dan diimani sebagai Tuhan yang sebenar bukanlah satu istilah yang sensitif bagi golongan bukan Islam, kerana selama bertahun-tahun mereka juga menggunakan kalimah Allah dalam menyanyikan lagu-lagu rasmi kebanyakan negeri."
PAS untuk semua... itu tagline PAS
tapi jangan gunakan kalimah Allah untuk semua
semua orang taukan... Malaysia ada pelbagai kaum jadi setiap kaum mesti la ada kepercayaan tersendiri... pendek kata ada tuhan sendiri... dan semua orang tahu Allah hanyalah untuk umat Islam
kat situ pun kita dah rasa ada silap nya nak sokong kalimah Allah (SWT) dalam Rukunegara kan!
so semua fikirkan la ye..
Friday, March 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment